Wednesday, May 13, 2009



'Tiada faedah pukul orang, lebih baik pukul kompang dapat duit'

KUALA LUMPUR 12 Mei - "Daripada pukul dan rompak orang lebih baik kamu pukul kompang kerana dapat duit terutama pada majlis perkahwinan, tetapi janganlah kamu pukul orang, tiada faedah," demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin kepada seorang pemasang papan tanda.

Zainal berkata demikian selepas menjatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama 200 jam dan diletakkan pengawasan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap Rizwan Sulaiman, 23, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan memukul dan merompak sebuah telefon bimbit.

Zainal turut mengingatkan Rizwan: "Kalau awak bercampur dengan penjual minyak wangi, awak akan dapat wangian itu, tapi kalau awak bercampur dengan tukang besi, awak akan dapat percikan apinya.

"Saya berharap hukuman ini dapat menginsafkan kamu, dan ingatlah bahawa tangan yang kotor boleh dibersihkan dengan sabun, tetapi jika hati dan diri kita berdosa hendaklah bertaubat," tambahnya lagi.

Terdahulu itu, Rizwan didakwa memukul dan merompak telefon bimbit milik Abdul Hanan Khan Arshad Ahmad, 37, ketika mangsa sedang berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.

- BERNAMA

Komen dari Towkey Wong

Seperti kata Kombar che-deal yang berasal dari Negeli Semilan..
"Den kompang kang!!"
Dan juga seperti kata itu amoi Hula dalam lia punya enteli masa " pasangan mula kawin dan pasangan waktu lama lah kawin, "Aku kompang karang!!!"..

Itu kompang manyak faelah..
Bila pukul munyi manyak selap...
Itu metul kata itu hakim.."pukul kompang lebih baik dari pukul orang"..
lagi magus kalau lu pukul itu tulur ka, moleh muat kuih akok ka..kuih mahulu ka..kuih mulan ka..

Haiyaa..mau hantam olang saja..

Tengok saiya..
Mana ala hantam olang..
Contohilah saiya yang menjadi warganegala yang maik ini..


3 comments:

  1. towkey,

    saya tarak mau lah ada suami yang suka kompang..nnti dia dera sama saya, hbslah ini muka yg cute, lagi comel lote ni..heheh

    saya pun tarak tau main itu kompang, tapi saya suka itu bunyi.nanti saya kawin, towkey masuk itu group kompang ya..heheh..

    ReplyDelete
  2. Saiya ahli persatuan kompang dan Melompang Bukit Beluntung..Sapa mising2 kasi lompang..sapa senyap2 kasi itu munyi kompang..haiya..Nanti kalau kawin pakai la itu kompang persatuan saiya..manyak beli diskaun munya..

    Amoi, mila mau kawin?
    Mooking dulu..nanti kami bizi ka..

    ReplyDelete
  3. towkey, lambat lg mau kawin, itu tunggu towkey buku datang minang..haha..lepas tu saya booking sama towkey..heheh...jgn bizi2...lapang2 saja..

    ReplyDelete