Friday, May 8, 2009

Sudah CONFIRM ???



(Petikan Ustaz Akhil Hayy: "Waheeda adalah isteri saya…...). nJangan sidih, njangan nangis...njangan telejun itu jambatan woo..Sila baca belita ini sampai habis dulu. Pepatah Cina campur English ala cakap, "don't jump to conclusion and jump flom muildings"

Ni hao, my loyal pangyau..
Hali ini towkey cuti hujung minggu ma..
Talak kelija, misness off ini hali..
Tapi talak semestinya berlenti membaca itu belita..
Keleja-keleja juga, tapi belita musti mau baca munya...

Hali ini munya belita towkey baca
...

Apabila Akhil dan Waheeda main teka-teki

TAHUN lalu, tatkala majlis pelancaran album Nasyid Legenda 2, Akhil Hayy buat pertama kalinya membuka bicara usai mengenai isu pernikahan 'rahsianya' bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Norwahidah Abdul Wahab, 31 atau Waheeda.

Ketika itu, asakan wakil media dengan pelbagai pertanyaan berhubung isu pernikahannya dijawab tenang oleh Akhil yang statik dengan jawapan, masih belum beristerikan Waheeda.

Pengakuan tersebut sedikit sebanyak telah meleraikan kekusutan terhadap dakwaan yang kononnya Waheeda berstatus isteri kedua kepada penyanyi dan penceramah motivasi itu.

Bagaimanapun, selang beberapa bulan selepas pengakuan tersebut, hubungan kedua mereka kembali hangat diperkatakan apabila ada pihak yang mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama.

Persoalannya, di tengah-tengah kehangatan orang ramai menjaja kisah di antara mereka, baik Akhil mahupun Waheeda sendiri masih berani muncul berdua di khalayak ramai.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, baru-baru ini bersama Akhil, Waheeda tampil sebagai salah seorang pelakon dalam siri program berbentuk bual bicara, Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Lantas, pada majlis pelancaran siri tersebut yang berlangsung di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, kelibat Akhil yang muncul dengan jubah putih, tiba lebih awal daripada Waheeda yang tampil mengenakan jubah hitam 30 minit kemudian begitu dinantikan.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, kedua-duanya kelihatan cukup bersedia menjawab segala persoalan yang diajukan tanpa mahu menimbulkan sebarang spekulasi sampingan di kemudian hari.

Para media yang hadir saling berpandangan, berteka-teki apakah pada majlis yang sama pasangan sensasi itu bakal menamatkan segala 'rahsia' yang terkunci rapi di antara mereka?

"Waheeda adalah isteri saya… dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua yang bernama Honey Al-Zahra," ujar Akhil membantutkan teka-teki mengenai 'kejutan' yang di uar-uarkan sebelum itu.
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
Utusan.com.my


Komen dari Towkey Wong:
Manyak saspens la...lagi teluk saspens dali itu che-deal munya teka-teki.
Saiya nasihat satu saja..
Kalau sulah kawin, belitahu la peminat..
Jangan selindung-selindung menda baik..
Kalau talak metul, saiya ada meluang la tekel itu sama Waheeda...kui..kui..kui
Saiya malah (marah) pasal saiya suka minum itu teh cina lengan kuih mulan lekat itu Cafe Akhil Hayy..
Jadi selikit sebanyak ala kaitan la saiya dengan ini chelita..

1 comment:

  1. taukey,

    kalau mereka berdua berkahwin, saya tak suka woo..
    nasihat punya pnjang, tapi buat juga,..

    tapi kalau tarak kawin, saya manyak suka..itu waheeda..sbb baju dia bnyak cantik.. sya mau follow itu fesyen maa..hehehe

    rasanya itu taukey buku ada suka ka??

    ReplyDelete